Tentang Kami

 

gala

Kumpulan ke-180 Pengakap Pantai Pasifik ditubuhkan pada tahun 2007. Sebelum ini kumpulan ini terkenal dengan nama Kumpulan Kelana PCC. Penubuhan kumpulan ini merupakan program pembangunan yang utama untuk golongan muda yang berusia antara 18 hingga 26 di Metro Vancouver. Kami beriltizam untuk menyumbang ke arah kejayaan Pengakap Kanada iaitu pertubuhan ulung belia negara ini menerusi kepimpinan dan pengurusan latihan anggota dalam kumpulan kami.

Anggota kami berkhidmat secara suka rela di lebih 14 Kumpulan Pengakap di Metro Vancouver, termasuk tiga kumpulam yang kami kendalikan iaitu 23rd Elsie Roy Scout Group (Yaletown), the 28th Terra Nova Scout Group (Richmond) and the 138th East Vancouver Scout Group. Kami berhasrat untuk mengembangkan keanggotaan ketiga-tiga kumpulan ini dan menyampaikan program latihan yang berkualiti tinggi kepada semua peserta belia.

Sebagai pasukan yang terdiri daripada pelbagai kemahiran, tiap-tiap anggota berusaha untuk menampilkan potensi yang terbaik. Kami menguruskan projek-projek yang berfaedah dan mempunyai impak tinggi yang memberikan tumpuan terhadap pembelajaran melalui melakukan sesuatu. Projek-projek terkini kami dapat diperoleh dalam blog kami.

Pada hari ini, kami mempunyai lebih 180 orang anggota dan bilangan ini semakin berkembang. Kami merupakan kumpulan Pengakap Kelana terbesar di Kanada.

History

LATAR BELAKANG

Sejak penubuhan dalam tahun 2007, Kumpulan Pengakap Kelana Pantai Pasifik ini telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan berjaya menarik begitu banyak golongan muda untuk menyertainya. Siapa kata Pengakap Kelana semakin tidak diminati orang ramai? Kami menjadi bukti bahawa Pengakap Kelana itu berkembang maju!

MENEROKA TUJUAN BERKECIMPUNG DALAM PERGERAKAN PENGAKAP KELANA

Kumpulan Pengakap kami ditubuhkan kerana Majlis Pengakap kami bertanya, ke manakah perginya semua orang muda kita? Mengapa mereka menghilangkan diri selepas mereka menamatkan latihan di peringkat Pengakap Kanak-kanak atau Pengakap Muda? Kita kecewa melihat belia menghilangkan diri sebelum mereka mendapat peluang untuk mengembangkan potensi sepenuhnya dalam bidang kepimpinan.

Kami kembali ke perkara pokok untuk memahami tujuan Lord Baden Powell mengasaskan pergerakan Pengakap Kelana. Dalam buku beliau Rovering to Success, beliau menulis bahawa pergerakan Pengakap Kelana merupakan permulaan perjalanan seseorang belia menuju dunia sejagat. Inilah masanya bagi seseorang Pengakap Kelana berkayuh perahunya menuju destinasi impiannya. Pergerakan Pengakap Kelana bukan hanya tentang berkhidmat, tetapi yang lebih penting dalam mempersiap belia supaya mereka dapat berjaya mengharungi rintangan yang akan ditempuh mereka dalam kehidupan ini.

Inilah asas perjuangan kami. Kumpulan Pengakap kami membantu Pengakap Kelana mengembangkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan melalui pelaksanaan proje-projek sejagat yang benar. Kerja yang kami lakukan memberi faedah kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap, Kawasan Pengakap, Majlis-majlis, dan akhirnya seluruh Pengakap Kanada.

PENGAKAP KELANA MEMBANTU PERGERAKAN PENGAKAP

Kerap juga belia dianggap sebagai tidak bersedia atau tidak layak untuk memainkan peranan kepimpinan yang sebenarnya. Jika golongan muda ini tidak diberikan peluang, bagaimana mereka dapat belajar menjadi pemimpin?

Jawapan kami berupa pemberian peranan dan projek yang bermakna yang semakin mencabar kepada Pengakap Kelana ini. Pengakap Kelana ini didampingi jurulatih (Pengakap Kelana kanan) and disokong oleh penasihat(Pemimpin Pengakap yang berpengalaman). Cara ini membolehkan tiap-tiap anggota Pengkap Kelana untuk belajar dalam persekitaran yang selamat sehingga dia yakin untuk mengharungi alam yang asing baginya. Kumpulan Pengakap kami telah banyak menyaksikan Pengakap Kelana ini berjaya menjadi model contoh dan sekarang berkhidmat sebagai pemimpin dalam Majlis Pemimpin.

MENGUTAMAKAN PEMBELAJARAN

Sekadar ‘melakukan demi melakukan’ sahaja bukan merupakan premis pembangunan Pengakap Kelana. Kami bermula dengananggota Pengakap Kelana kami menetapkan objektif S.M.A.R.T dengan mentor sebaya mereka yang dengan cepatnya berkembang menjadi Pelan Pembangunan Peribadi. Sekarang tiap-tiap anggota Pengakap Kelana membuat perancangan matlamat tahunan dan kerap merujuk kepada seseorang mentor. Matlamat yang hendak dicapai oleh kumpulan perlu menggabungkan matlamat pergerakan Pengakap dengan matlamat anggota masing-masing.

Kami mengadakan bengkel-bengkel berkait dengan tajuk tentang pengurusan projek, kualiti program, keseimbangan hidup, pembinaan keperibadian, mencatat nota , dan pengurusan masa. Pengakap Kelana menghargai pergerakan Pengakap yang banyak membantu mereka sehingga ke peringkat ini dalam kehidupan mereka.

HASIL SEBENAR!

Bagaimana kita dapat tahu bahawa program kita berhasil? Hasilnya dapat membuktikan dirinya. Pada masa ini kumpulan Pengakap kami mempunyai lebih 180 orang anggota. Banyak anggota kami berkhidmat dengan pelbagai majikan terbilang di Kanada. Kebanyakan anggota Pengakap Kelana kami juga merupakan pemimpin akar umbi, termasuk empat orang daripada mereka yang menjadi Pesuruhjaya Kumpulan. Tambahan pula kami mempunyai lima orang anggota yang berkhidmat dalam pasukan Kawasan atau Kebangsaan. Tidak dinafikan bahawa pengalaman pembelajaran Kumpulan Pengakap kami telah banyak menyumbangkan kejayaan Pengakap Kelana dan juga pergerakan Pengakap kami.

Leave a Reply Text

Your email address will not be published. Required fields are marked *